Wednesday 12 October 2016

KELUARGA BAHAGIA




                    NAMA
                   NO MATRK
    SIVASANGGARI A/P SEGAR
                 15DAD15F2019
  SARNIAH A/P SUBRAMANIAM
                 15DAD15F2008



 

 
 
 

PENDAHULUAN

 
 

               Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah keluarga dengan berbincang atau menyelesaikannya dengan cara yang baik. Ahli keluarga juga hendaklah saling memahami antara satu sama lain. Setiap agama dengan kesempurnaan ajarannya mengatur tentang konsep keluarga yang di bangun diatas dasar perkahwinan. Melalui perkahwinan dapat diatur hubungan lelaki dan wanita. Dari hasil pertemuan ini juga akan berkembang jenis keturunan sebagai salah satu tujuan dari perkahwinan tersebut. Dan dari perkahwinan itu pula terbentuk keluarga   yang   diatasnya   didirikan   peraturan   hidup   khusus. Tidak sedikit keluarga yang akhirnya tercerai berai tak tentu arah akibat hempasan gelombang badai, namun tidak sedikit juga keluarga yang tetap kokoh melayari samudera   kehidupan   rumah   tangga   kerana   mampu   menjaga   keharmonian keluarga .Keharmonian keluarga  merupakan  syarat penting dalam mengarungi kehidupan rumah tangga agar mereka mampu menghadapi berbagai cadangan   hempasan   badai   dalam   rumah   tangga.   Oleh   kerana   itu,   pemahaman terhadap konsep keharmonian keluarga sangat diperlukan kerana kebanyakan keluarga yang gagal adalah keluarga yang tidak memahami akan pentingnya keharmonian keluarga. Keharmonian keluarga merupakan dambaan setiap orang yang  ingin membentuk keluarga atau yang telah memiliki keluarga, namun masih banyak yang kesulitan dalam membangun keharmonian keluarga. Dalam membangun keharmonian keluarga sangat dipengaruhi oleh tiga kecederasan dasar manusia.

 
 


 



ISI DAN HURAIAN

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

    Antara ciri –ciri umum di dalam keluarga bahagia merupakan hubungan perkawinan.Berbentuk perkawinan atau susunan kelembagaan yang berkenaan dengan hubungan perkawinan yang sengaja dibentuk dan dipelihara.Suatu sistim tata nama, termasuk bentuk perhitungan garis keturunan. Ketentuan-ketentuan ekonomi yang dibentuk oleh anggota-anggota kelompok yang mempunyai ketentuan khusus terhadap kebutuhan-kebutuhan ekonomi yang berkaitan dengan kemampuan untuk mempunyai keturunan dan membesarkan anak, Merupakan tempat tinggal bersama, rumah atau rumah tangga yang walau bagaimanapun,tidak mungkin menjadi terpisah terhadap kelompok keluarga. Manakala, ciri ciri khususnya adalah, Kebersamaan  keluarga merupakan bentuk yang hampir paling universal di antara bentuk-bentuk organisasi sosial lainnya. Seterusnya, dasar-dasar emosional hal ini didasarkan pada suatu kompleks dorongan-dorongan yang sangat mendalam dari sifat organis kita, seperti perkawinan, menjadi ayah, kesetiaan akan maternal, dan perhatian orang tua. Selain itu,Tanggungjawab para anggota iaitu  keluarga memiliki tuntutan-tuntutan yang lebih besar dan kontinyu daripada yang biasa dilakukan oleh asosiasi lainnya. Pada masa krisis manusia mungkin bekerja, berperang dan mati demi negara mereka. Tetapi mereka harus membanting tulang sepanjang hidupnya demi keluarga mereka. Pengaruh perkembangan ini merupakan lingkungan kemasyarakatan yang paling awal dari semua bentuk kehidupan yang lebih tinggi, termasuk manusia, dan pengaruh perkembangan yang paling besar dalam kesadaran hidup yang mana merupakan sumbernya. Ciri–ciri Keluarga Bahagia tegang rasa yang baik antar sesama anggota keluarga, tidak saling curiga,saling bantu membantu, tidak mudah terpengaruh dengan isu-siu luar yang bisa merusak keharmonian keluarga  Keluarga  yang   diidealkan   setiap   manusia   adalah   keluarga   yang memiliki.


PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA.


        Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang penting bagi membentuk keluarga bahagia. Bahawa anak-anak merupakan kain putih ibu bapa yang memainkan peranan untuk mencorakkan kehidupan anak-anak supaya menjadi golongan berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi golongan barbar yang menjadi agen perosak terhadap pembangunan negara. Ibu bapa merupakan tulang belakang keluarga yang dapat mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga dengan memperingati hari jadi ahli keluarga,mengadakan hari keluarga,melancong dan sebagainya. Apabila wujudnya suasana yang harmoni di rumah, anak-anak akan berasa lebih selamat dan selesa untuk berada di rumah daripada membazirkan masa dengan berpeleseran di luar rumah. Ibu bapa harus mentarbiah anak-anak mereka dengan menyemai nilai-nilai murni dan budaya ketimuran dalam jiwa sanubari anak-anak sejak setahun jagung lagi bak kata pepatah bagai ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa harus meluaskan harizon pemikiran mereka dengan bersikap lebih terbuka. Mereka harus menerima pandangan anak-anak serta sentiasa berbincang dengan mereka supaya anak-anak akan berasa lebih selesa meluahkan perasaan kepada ibu bapa. Ibu bapa haruslah memberi didikan agama dan moral untuk kanak kanak sejak kecil.Didikan agama dan moral yang sempurna di kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadang kala tidak munasabah.Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral di kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA


      Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut mengeluarkan masa lapang untuk beriadah bersama keluarga kita atau berkelah di luar bandar. Inilah bukan sahaja dapat mencergaskan fikiran kita dan juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan ahli keluarga.
Selain itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak sibuk bekerja. Ibu bapa harus timbul perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap anak-anak supaya mereka berasa tidak terabai. Oleh demikian, anak-anak sewajarnya dilayani dengan baik agar mereka tidak berasa kekosongan dan berkongsi pemasalahan dengan ibubapa. Langkah yang membentuk keluarga bahagia juga boleh mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kediaman sekeliling rumah.
 





 


KESIMPULAN


      Antara kesimpulannya, sebuah keluarga itu adalah asas kepada sebuah masyarakat. Jika sebuah keluarga itu utuh dan mengamalkan kasih sayang di antara ahlinya, sudah tentu ia akan dapat melahirkan masyarakat penyayang dan baik dalam semua segi. Kewujudan keluarga bahagia dan penyayang hanya akan lahir daripada sebuah keluarga yang harmoni. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan positif ke arah mewujudkan keluarga penyayang bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.







7 comments: